Tuesday, 27 May 2014

Tips - penyemaian dan penanaman daun sup


Hahhaha...tips ni mama dapat dari semuajadi.blogspot.com sbb mama sendiri dh dua kali tanam xpernah jadik....huhu....tension bila xberhasil...tp mama nk try tips yg dikongsikan ni...harap2 menjadila...In Sha Allah....

Tips penyemaian dan penanaman daun sup.
  1. Gunakan tanah hitam tanpa baja dan masukkan dalam bekas yang sesuai.
  2. Basahkan tanah dengan air secukupnya.
  3. Taburkan benih daun sup pada permukaan tanah tadi.
  4. Letakkan pada tempat gelap dan biarkan biji benih tumbuh.
  5. Kalau cuaca panas seperti sekarang ini, cuba sembur air pada semaian sekali-sekala.
  6. Bila semaian dah tumbuh barulah letak pada kawasan yang teduh tapi mendapat cahaya matahari terutamanya waktu pagi.
  7. Selepas itu barulah boleh gunakan baja pada pokok daun sup. Seeloknya guna baja cecair.
  8. Sekiranya nak guna daun sup eloklah cabut pokok daun sup tersebut dan pokok baru akan tumbuh lagi (tips yang ini saya kurang setuju sikit, tapi saya angguk juga la, karang dia marah saya pulak melawan cikgu).

1 comment:

maszmadi said...

same la kita... dah 2 3 kali tanam pokok daun sup tapi x menjadi, yg terbaharu tanam minggu lepas, memula segar jerk anak pokok tu, minggu ni dah layu.. huhu