Sunday 20 May 2012

Outstation lagi...Ganu kita pulok.....

lagi2 outstation.....lamanya...20-24 Mei......haaaaaaaaa.....tinggalla buah hati mama dgn babah lagi...sory sayang.....mesti rindu giler nnti....bila rasa berat ati nk pegi mulala mama bersiap lambat....kul 10 pagi nk gerak...ni dh kul 2 pagi baru mama nak kemas...tapi sapa yg kemas baju skrg ni...mama ke a-fieq....mama bz lipat baju nk masuk dalam beg a-fieq bz buang baju dr bakul...alahai anak mama ni...memang bucuk mama....nk ikut mama outstation agaknya.....



Thursday 17 May 2012

Patutla merangkak cam spider....

Sebelum dikesan a-fieq kena penyakit tangan kaki n mulut macam nila bila dia merangkak macam spider pulak....ingatkan anak mama nk pandai berjalan dh....rupa2 nyer lutut dia sakit.....tu yg xdapat nk menggunakan lutut bila merangkak....macam nila keadaan anak mama sebelum mama tahu a-fieq dijangkiti....




tapiiiiii.....shrg anak mama dh mula sihat.....air liur xmeleleh lagi.....dan dh boleh merangkak menggunakan lutut.....trima kasih pada yg mendoakan kesihatan anak mama ni.....



Wednesday 16 May 2012

Syafiq vs Penyakit Tangan Kaki dan Mulut

Tanda2 a-fieq kena penyakit tangan kaki dan mulut....

Pagi ahad yang lepas sebelum bersiap nk g kenduri kawen sis aida...mama tengok lutut dgn jari2 kaki a-fieq naik bintat2 merah...mama ingatkn jenis gatal2 kulit yang berair tu.....mama pon sapu jer ubat yg ada dlm simpanan....pelik jgk sbb hr sabtu aritu dia ok jer...xde menunjukkan apa2 perubahan pd kulit dia....alih2 dh berbintat2 merah.....lpas tu plk dia menagis bila kita lap air liur yang meleleh, air liur meleleh jer sejak minggu lps....tapi  mama xperasan lagi...pastu hari isnin start merah2 kat tapak tangan dia.....hari isnin tu jgk mama bwk syafiq g klinik....doktor kata a-fieq kena penyakit tangan kaki dan mulut....ni la antara pic yang mama nk share pada semua kaki dan tangan a-fieq kesan daripada penyakit tu....selama ni kita cuma dengar dan lihat tapi bila berlaku depan mata sendiri sedih rasa hati ni....doakan semoga a-fieq cepat2 sembuh ya.....





Tuesday 15 May 2012

Penyakit Tangan Kaki dan Mulut


Definisi dan Penyebab


HMFD ialah jangkitan melalui sejenis virus dipanggil enterovirus, atau virus yang biasa terdapat di dalam usus. Contoh virus yang menjangkiti manusia ialah poliovirus, Coxsackie virus A dan B, echovirus dan enteroviruses 68-71.


HFMD boleh disebabkan oleh coxsackievirus A16, A5, A9, A10, B2, B5 and enterovirus 71. Coxsackievirus A16 (Cox A16) adalah penyebab paling biasa HFMD tetapi yang paling tidak bahaya.


HFMD disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah lebih merbahaya dan menyebabkan kematian. Ini adalah disebabkan oleh jangkitan selaput otak (meningitis), Jangkitan otak (encephalitis), masalah jantung (myocarditis) dan jangkitan paru-paru berair.


Cara jangkitan
HFMD mudah berjangkit. Jangkitan dapat merebak daripada manusia ke manusia melalui sentuhan melalui cairan hidung dan mulut, air liur, cecair daripada lepuh tangan dan kaki, dan najis mereka yang dijangkiti. Seseorang pesakit paling mudah menjangkiti orang lain dalam waktu seminggu terkena jangkitan.




Gejala Penyakit
HFMD datang dengan tumbuh ruam dan lepuh di tangan dan tapak tangan (macam berair atau ruam merah), penggelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut. Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut. Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja yang timbul jika dijangkiti HFMD tanpa ruam2 di kawasan yang lain.


Dalam masa yang sama, pesakit boleh mendapat demam, rasa lenguh-lenguh badan, sakit kepala, jangkitan mata, sakit perut dan kadang-kadang cirit birit.


Di antara banyak virus penyebab HFMD, virus yang disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah paling merbahaya. Demamnya adalah lebih tinggi (39 darjah ke atas) dan lebih daripada 3 hari. EV71 adalah penyebab kematian 27 orang kanak-kanak di Sarawak daripada 34 kematian pada tahun 1997.


Perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya anak anda menghidap HFMD:-


. Demam Tinggi.
• Penat dan lemah.
• Tidak mahu makan dan kurang kencing.
• Bernafas kencang.
• Muntah-muntah.
• Nampak mengantuk, pening dan cepat marah dan menangis.
• Sawan




Perawatan HFMD.


HFMD biasanya tidak bahaya dan hilang sendiri. Kebanyakan kes tidak perlukan kemasukan ke hospital dan hanya perlu dirawat sebagai pesakit luar sahaja.


Perawatan simptomatik diperlukan oleh kebanyakan pesakit HFMD. Ini bermaksud menurunkan demam, mengurangkan kesakitan seperti sakit kepala dan sakit badan, Meningkat hidrasi pesakit dan perlukan rehat yang secukupnya. Gel kebas boleh diberikan untuk mengurangkan kesakitan ulser mulut.


ANTIBIOTIK tidak perlu digunakan di dalam kebanyakan kes.


Pesakit perlu diasingkan daripada kanak2 yang lain.


Bilakah pesakit perlu dimasukkan ke Hospital?
-  Apabila pesakit tidak boleh makan dan minum dan perlu dimasukkan air melalui salur darah
-  Kelihatan lemah dan teruk, kelihatan toksik
-  Jika demam tidak berkurang dan tinggi (38 dan 39 darjah sentiasa) lebih daripada 4 hari
-  Bila doktor menjangka terdapat jangkitan kepada kawasan otak menyebabkan kanak-kanak meracau,  
   serangan sawan, kepenatan melampau, tidak peka terhadap persekitaran.
-  Bila terdapat masalah jantung seperti gangguan bunyi jantung, tekanan darah rendah.
Masih TIADA vaksinasi untuk penyakit ini pada waktu ini.




Elakkan Jangkitan!
Adalah penting untuk anda membasuh tangan dengan menggunakan sabun setiap kali anda menukar lampin anak-anak yang terkena HFMD.


Anda juga boleh menggunakan air dan sabun (ada yang cadangkan menggunakan Clorox) untuk membersihkan lantai, mainan, pakaian dan lampin yang terkena najis atau air liur mereka.


Jangan bawa anak anda ke tempat terbuka seperti kolam renang atau kompleks membeli belah. Sekolah dan nurseri juga perlu dielakkan untuk mengelakkan jangkitan merebak.


Jangan Panik

Sekiranya andak anda terkena jangkitan, usah panik. Kebanyak HFMD tidak merbahaya dan pulih sendiri. Apatah lagi sekiranya anak-anak anda tiada demam, selera makan adalah biasa dan nampak ceria sahaja walaupun terdapat ruam di mulut dan tangan.

Dapatkan nasihat doktor di klinik yang berhampiran dan elakkan jangkitan kepada anak-anak yang lain.

Wallahu A'lam.

Ditulis oleh Dr Azwan untuk http://www.drazwan.blogspot.com/

Thursday 3 May 2012

Sebab apa kena masuk kt mesin basuh.....

sebab mama nak sidai baju...tapi a-fieq nak tolong mama jugak....risau dia masuk longkang mama pon masukkan dia kt dalam mesin basuh.....hehehheh.....senang mama nk tengok sbbb a-fieq xblh lepas lari.....







Wednesday 2 May 2012

susahnya skrg nk snap pic.....

susah skrg ni nk dapat snap pose menarik dr anak mama ni...sokmo xtengok camera.....gini ler rupenyer bila mama ambik pic dia.....